Teksi
Anda tidak perlu bimbang untuk berjalan di pulau ini kerana perkhidmatan teksi Pangkor tidak pernah putus. Teksi yang terdiri daripada sebuah van dengan warna merah jambu yang unik ini mempunyai ruang yang cukup untuk anda dan keluarga anda berjalan-jalan.
Motorsikal
Terdapat beberapa buah kedai yang menawarkan perkhidmatan menyewa motorsikal di pulau ini. Lazimnya, kos sewa motorsikal untuk sehari adalah RM 20 dan petrol tidak disediakan.
Basikal
Kos sewa basikal adalah RM 15 sehari.




